Friday, March 04, 2005

Mission Statement - Edisi BM

Laman web ini diterbitkan oleh sekumpulan ahli amatur radio yang ingin melihat kepentingan amatur radio di Malaysia dipelihara.Laman ini, khususnya mengutarakan perihal organisasi utama radio amatur di Malaysia, MARTS. Ianya mempersoalkan perkara perkara berbangkit mengenai jawatankuasa MARTS 2003/2004 serta tata cara pengundian untuk jawatankuasa baru MARTS 2004/2005.

Adalah tujuan kami untuk mengutarakan perkara perkara yang telah berlaku pada Mesyuarat Agung MARTS kepada ahli MARTS supaya ahli ahli dapat menilai sendiri keadaan yang telah berlaku pada mesyuarat berkenaan dan kesan kesannya kepada MARTS sebagai sebuah organisasi.

Kami ingin bertindak sebagai pemangkin kepada pertubuhan ini supaya satu jawatankuasa yang sah dan progresif dapat diketengahkan. Sehubungan itu, kami ingin mendapatkan komen yang membangun dari ahli ahli supaya suara ahli dapat diterapkan dalam mencapai matlamat ini. Satu kumpulan ahli ahli radio amatur yang prihatin akan menjadi kumpulan pemangkin yang akan menerajui pergerakkan untuk mencapai metlamat mendapatkan satu jawatan kuasa yang sah. Kumpulan ahli ahli yang prihatin ini akan serta merta dibubarkan untuk membuktikan keikhlasan serta tiada kepentingan peribadi setelah matlamat tersebut dicapai.

Kami memohon kepada semua ahli ahli MARTS yang prihatin untuk menetapkan pendirian masing masing dalam perkara ini. Ahli ahli disarankan menyuarakan pendapat supaya satu jawatankuasa yang dapat mewakili aspirasi serta dapat memelihara kepentingan ahli ahli dalam membawa MARTS kearah kecermelangan pada saat genting ini.

1 comment:

9W2SLC-LeCk said...

I setuju but no comment...borang ahli tak submit lagi ni...heheheheee